Monday, December 14, 2009

Repair Kereta??

Ok2..hari nie aku g pulau, kat Jalan P.Ramlee. Satu kedai repair keta which kawan mak aku dulu. da kenal lebih 20 tahun paa tak silap aku laa..mmg amat mahir dalam segala kereta..repair2 nih.. so keta kancil kakak aku yg pernah aku tanya no plat dia dalam kuiz FB aku dulu..PER 514..haha.. akan di gunakan oleh aku time kerja kat KL nanti..pinjam dulu noo kak ben (kakak aku)..



Kedai repair keta yg aku cakap tuh kat situ yg berbulat merah tuh..memang pakar la dia nih. Nanti aku explain lagi kenapa aku kata dia pakar.

Kerosakan kereta aku...err..keta kakak aku..nih minyak engine bocor..besa la keta da 10 tahun what do we expect kan. benda yg menyebabkan dia bocoq nih..satu part getah yg bernama Oil Seal. Nanti aku tunjuk gambaq dia.  Kalau kancil nak tukaq component seperti oil seal, clutch cover & clutch disc; dia kena angkat enjin. Baru leh cabut gear box dan dapat tukar component tersbut..susah kan? Kereta proton tak cenggitu kata mekanik tersbut or nama dia, Ah Cai; mak aku panggil kat dia.

Mekanik nih bagi aku amat mahir, and kerja dia tak tipu seperti mana mekanik2 lain yg kkdg tipu kita rosak itu ini. Dia akan tunjuk kita kenapa dia rosak dan apa yg patut di tukaq tanpa sebarang alasan yg tak munasabah....munasarawak aku tak sure plak.. =P  Dia bukak engine keta kancil tuh sowang2 dalam masa hampir 2 jam. aku duduk situ dan tgk jaa..nak tulung pun tak tau..haha.. kalau g tanya tempat lain, aku rs mostly kalau keta kancil nak tukar oil seal mesti dia suh tinggal kereta 2,3 hari. P/s: Maybe pasal uncle nih kenal mak aku sama kot..haha..

ATTENTION: 
Kepada pemilik kenderaan seperti Kelisa, Atoz, Kancil, and MYVI. Kalau nak tukar benda2 tuh..memang kena gantung enjin (tgk gambar bawah cemana enjin kereta digantung). VIVA tak yah gantung enjin, Perodua dah design chassis dia supaya takyah gantung enjin.

So bermula lah keta kancil nih di proses, mula dengan bumper depan di cabut. Drive shaft tayar depan dicabut dari gear box. Then engine akan di cabut slow dari chassis kereta.



 Hah! Cenggini lah engine kereta digantung utk di proses. Haha..cam nak sembelih ayam lak.

 
Inilah gambar bila enjin dah dicabut. Sebelah kiri tuh gear box and sebelah kanan engine block. Dekat gear box, gambar kiri paling bawah tuh ada satu lubang besar disitu. Haa..itulah kat mana drive shaft di sambung pd tayar. Getah2(Seal) kat situ pun slalu nya akan diservis skali kalau da angkut enjin.



 Gambar nih menunjukkan terletak nya oil seal kat enjin tuh. Inilah yg menyebabkan minyak engine bocor. Pasal satu component nih lah..satu enjin kereta kena angkut..haaa~




 These are clutch cover and clutch disc bagi kereta manual la. Yg sebelah kiri is baru..kanan is lama. Yang aku bulat2 kan tuh cam guideline dia nak tgk da haus ke tidak clutch disc tuh. Actually yg lama tuh stil leh pakai kata mekanik tuh, tapi tak lama dia kata. Nanti if nak tukar clutch kena angkut enjin lagi..so dia kata alang2 tuh terus tukaq..lagipun aku nk jalan jauh nanti.

 

Ini bahagian dalam engine, leh nampak piston kat situ dan penapis serbuk teh..haha..


So itu sahaja nak berkongsi ngan korang kali nih. Esp pemilik kenderaan kancil, atoz, MYVI dan kelisa, kot2 nanti if tgk2 minyak enjin asyik2 bocor jaa..so korang tahu apa prob dia..n kena angkut enjin~ haha.. 

P/s: Prepare around RM700 gak utk benda nih..depend mekanik korang tuh. Da campur ngan workmanship dia..haha.. Yang mahal clutch cover and clutch disc tuh.

OYAMA 

9 comments:

Affan Azami said...

macam nak termuntah tgk gamba2 tu. loya plak tibe2.. normal tak?? haha

oYaMa said...

ntah..normal kot~ hahah..

AlexAlabasta said...

Satu haram aku tak paham~!!!

Nway, Zul. Hang katna la ni? dah dapat umah ka? Hows life babeh?

oYaMa said...

haku kerja kat subang nanti..cooper cameron..tapi maybe nanti di attach kat maxis tower gak kot..ntah.. umah aku kat mentari court, sunway..

mayat baik said...

Bagus info ni. Kereta kelisa aku cam nak kena operate je.

Danial Shukor said...

Klau nk tukar bahagian enjin yg bocor mcm oil seal tu brapa dia cas bro

ilzdaf2408 said...

Rpm tinggi meter km tetap 60 lepas flush gear oil 3kali. Kereta viva auto 1.0. Apa yg patut dibuat?

ilzdaf2408 said...

Rpm tinggi meter km tetap 60 lepas flush gear oil 3kali. Kereta viva auto 1.0. Apa yg patut dibuat?

Gadget 2u said...

Bos,apa nama penuh kedai tu?no tepon ada x?